Thursday, December 13, 2012

Mystory - Railway station...


macam nie lah stesyen keretapi kat rumah aku tu
 
Kalau kat indon diorang panggil Kereta...kat tempat kita kereta api...apa2 pun sama jer pengertiannya....rumah aku, berhadapan dengan stesyen keretapi...tak berdepan sangat lah lebih kurang 100 mtr...kalau keretapi lalu bergegar la jugak ...ada keretapi barang...keretapi penumpang kelas biasa..dan aku tak lupa "express rakyat" yang tak singgah kat stesyen nie.

mula2 aku kenal keretapi nie, agak menakutkan, bagi aku kepala keretapi nie agak hodoh tak macam kepala keretapi sekarang agak futuristic.

masa aku kecik aku dilarang bermain kat area jalan keretapi, takut kena langgar...kat mana lagi nak main?....masa tu dah boleh hafal time keretapi nak lalu. sekarang nie stesen tu dah takde lagi...dah di robohkan dan digantikan dengan yang baru...lebih kurang 1 km dari tempat asal....


macam nie lah stesyen keretapi kat rumah aku tu
aku rasa kalau orang tak biasa tinggal kat jalan keretapi nie..tak boleh tidur malam, setiap kali keretapi lalu mesti terjaga...pukul 10 sekali ...pukul 12 sekali...pukul 3 sekali...pukul 5 sekali..bayangkan lah....itu sebab orang cakap, rumah orang dekat jalan keretapi nie banyak anak..entah lah betul ker tidak...tapi bagi aku dah biasa dengan gegaran keretapi..tidur lena sampai pagi.
cerita balik pasal stesyen keretapi nie...yang aku ingat peak time dia pukul 11.00 pagi...sebab keretapi dari utara singgah nak ambil penumpang pergi ke kuala lumpur...punya la banyak orang menghantar, semua ada toknek, tok su,ayah ngah, ayah cho...yang pergi seorang jer...aku pulak buat2 sibuk kat situ..hahahaha....ada jugak yang datang stesyen keretapi nak bersantai....mana lagi nak pergi. Aku pernah naik keretapi nie pergi ke kuala lumpur, kalau bertolak pukul 11.00 pagi sampai KL lebih kurang pukul 6.00  petang...lama nyer, apa tidak nyer...semua stesyen dia berhenti.
 
stesyen keretapi kat rumah aku nie adalah tempat "crossing" bagi keretapi dari utara dan selatan, jadi sapa sampai dulu terpaksa tunggu bagi laluan untuk berselisih...teringat aku masa keretapi stop for crossing....masa tu aku join kengkawan kampung aku tolong jual rambutan atas keretapi...satu ikat lebih kurang 100 biji...satu ringgit seikat....upah dia...kalau jual satu ikat dapat 20 sen..bukan main seronok lagi dapat jual..aku dapat la jual 10 ikat...so upah dia dapat la seringgit....satu hari malang tak berbau...turun jer tangga keretapi, nampak bapak aku merenung sinis dari jauh...ahhh sudah, mati la aku...aduss...malang ta berbau....balik, terus pergi rumah opah aku...kalau nak tau ,rumah opah bersebelahan dengan rumah aku...aku pun cerita kat opah aku , yang aku buat salah jual rambutan atas keretapi...tapi opah aku cakap ok jer....abah kamu tengah tunggu kat rumah tuu...balik la kamu ,takper selawat banyak2....akupun dengan langkah longlai...balik kerumah....bukak jer pintu...bapak aku dah tunggu dengan rotan ditangan...belum sempat bercerita aku dah kena balun ...sampai sekarang aku tak akan lupa kejadian tu...teruk tak teruk...sampai tidur pun meniarap ..bukan setakat punggung...badan aku pun berbirat...bapak aku siap kunci pintu tak kasi opah aku tolong .. 
 
mungkin dulu aku tak paham, mengapa bapak aku marah sangat2...kalau nak tau, bapak aku nie Gurubesar kat sekolah kampung aku...bapak aku tak suka nanti orang kampung gosip kata yang bapak aku tak dapat menyara anak2 dia sampai ada yang jual rambutan atas keretapi...kedua nya ...adalah sangat merbahaya naik turun tangga keretapi tuu.....
 
kalau ada kenduri kendara kat rumah opah mesti panggil staff stesyen keretapi datang...yang aku ingat penguasa stesyen masa tu, orang panggil "Master" dan pekerja am dia orang panggil "Porter". jadi ada dua orang master dan beberapa orang porter yang tinggal dirumah keretapi berdekatan. yang aku kenal masa tu Master David dan Master Singh, diorang nie rapat ngan opah/datuk aku.
 
Dulu masa aku duduk kat asrama di ipoh...biasanyer hujung bulan belanja dah terkucil..jadi aku akan telefon stesyen keretapi suruh dia panggil datuk aku....masa tu telefon hanya ada kat stesyen keretapi jer, kampung aku sapa pon tak der telefon. bersusah payah lah porter tu panggil datuk aku....biasanyer datuk aku marah aku, sebab menyusahkan orang...tapi apa boleh buat dah terpaksa.
 
 
 
 
 

No comments: